Robert Kuok Hock Nien

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: 郭鹤年; Cina Tradisional: 郭鶴年; pinyin: Guō Hènián) (lahir 6 Oktober 1923) merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.[1]Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinasional, Kumpulan Kuok.[2] Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.[1]

Robert Kuok Hock Nien

Pekerjaan Pengerusi, Shangri-La Hotels and Resorts Chain
Kerakyatan Malaysia[1]
Pasangan Ho Poh Lin, 謝碧蓉
Anak lapan[1]
Nama lain Ching Ching
Kelahiran Kuok Hock Nien
(1923-10-06) 6 Oktober 1923 (umur 96)
Johor Bahru, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Nilai bersih ▲ US$ 12.5 bilion (anggaran)
(Mac 2011)[1]
Kediaman Hong Kong[1]